top of page
Search

Tindakan peniaga tangkap pencuri dapat penghargaan

  • dematan9
  • Sep 23, 2015
  • 1 min read

SEREMBAN 21 Sept. – Seorang peniaga yang bertindak menahan seorang suspek kejadian kes curi telefon dalam premis di bandar ini pada 17 September lalu me- nerima sijil penghargaan polis hari ini.

Andy Chang, 43, menerima sijil penghargaan tersebut daripada Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun.

Menceritakan kejadian, Andy memberitahu, dia menyedari kehadiran suspek ketika lelaki ber- kenaan datang ke kedainya dan berpura-pura untuk membuat tempahan bunting.

“Namun disebabkan perwatakan lelaki itu mencurigakan dan saya sendiri menyedari dia merupakan suspek kejadian kes samun di sekitar Seremban, saya mengambil keputusan untuk mengusir lelaki itu keluar.

“Bimbang dengan kelakuan lelaki berkenaan, saya kemudiannya mengikut dia hingga ke Seremban 2 dan dengan bantuan beberapa orang awam lain, lelaki itu ditahan, sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima sijil di majlis penghargaan polis kepada orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini hari ini.

Menurut Andy, dia mengecam wajah suspek berkenaan melalui viral di laman sosial Facebook dan Whatsaps yang disebarkan oleh rakan-rakan.

“Setelah pasti bahawa lelaki tersebut melakukan samun di kedai kawan, saya terus nekad untuk menangkapnya, sebelum menghubungi polis.

“Saya yakin jika masyarakat dan polis sentiasa bekerjasama sudah pasti kita dapat menangani masalah jenayah dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu Muhamad Zaki berkata, keprihatinan masyarakat terhadap viral kejadian samun di laman sosial menyebabkan orang ramai prihatin untuk membantu menangkap suspek.

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati suspek terlibat dengan lapan kes kecurian telefon bimbit dalam premis di sekitar Seremban dan Nilai.


 
 
 

Comments


  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Tumblr Black Round

© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

bottom of page