Seremban,Nilai ready to merge.
- dematan9
- Oct 2, 2015
- 1 min read

News source from Utusan Online.
Here's what they say,
Yang Dipertua MPS dan MPN, Datuk Abd. Halim Abd Latif berkata, penggabungan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini menjadi bandar raya perlu penelitian kerana ia bukan sahaja melibatkan penggabungan dua daerah tetapi juga dua organisasi.
“Dari segi syarat-syarat untuk menjadi bandar raya itu, kita sudah memenuhinya. Kita memang telah layak, cuma hendak diisytiharkan sahaja. Bila tarikh pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya, perkara itu kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukannya,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan 2,000 risalah Festival Taman Tasik Seremban 2015 kepada orang ramai di Plaza Tol Senawang di sini, hari ini.
Abd. Halim berkata, kerajaan negeri akan memilih tarikh yang sesuai untuk mengumumkan Seremban sebagai sebuah bandar raya dan pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia.
Sementara itu, katanya, sebanyak tujuh acara akan diadakan sempena Festival Taman Tasik Seremban 2015 yang akan berlangsung di sini selama sebulan pada November ini.
Katanya, tujuh acara itu ialah Pertandingan Memancing pada 7 November, Urban Trail (7 November), Seremban Kraf (selama sembilan hari mulai 7 November), Pertandingan Mewarna 1,000 Kanak-Kanak (14 November), Pertandingan Arca Taman (21 November), Pameran Kenderaan (22 November) dan Larian Keluarga (28 November).
Katanya festival anjuran MPS yang julung kali diadakan ini bertujuan mempelbagaikan aktiviti untuk orang ramai dan menyemarakkan sektor pelancongan di bandar Seremban.
“Program ini tertumpu di Taman Tasik Seremban yang merupakan kawasan hijau seluas kira-kira 48 hektar di tengah-tengah bandar Seremban.
“Kita menyasarkan 20,000 orang mengunjungi festival ini yang dijangka memberi limpahan manfaat kepada para peniaga, pengusaha hotel dan pengangkutan awam. Kita akan membuat promosi festival ini dengan kerjasama PBT (pihak berkuasa tempatan) dan Tourism Malaysia di seluruh negara,” katanya. - Bernama
Comments